Monday, May 18, 2009

Sparknotes

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sparknotes Biology merupakan laman web yang mengandungi nota-nota yang ringkas tentang topik-topik dalam Biologi. Walaupun laman ini sesuai untuk pelajar STPM, sesetengah topik masih boleh disesuaikan untuk P&P Biology SPM.

http://www.sparknotes.com/101/biology

moga ianya dapat memanfaatkan kita.

Saturday, May 16, 2009

Bahan sumber untuk P&P Biologi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

rakan-rakan guru boleh lah melayari laman web BPK (Bahagian Pembangunan Kurikulum) bagi mendapatkan modul P&P yang menarik dari kementerian. Laman web ini telah disarankan oleh Tn Hj Abdul Aziz Ahmad (JPNPk) yang mengandungi bahan sumber dan contoh-contoh strategi, pendekatan, teknik dan aktiviti P & P khusus bagi konsep-konsep yang sukar, abstrak dan menarik. Ribuan terima kasih tuan..

Bahan P&P untuk guru-guru

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Rakan-rakan guru yang dikasihi, di dalam laman ini saya akan cuba memuatkankan bahan P&P, dan animasi serta soalan-soalan untuk dimanfaatkan semua.